Sayu-sayuan kedengaran desiran ombak pantai memukul tepian pantai. Kedengaran kicauan-kicauan burung yang mahu pulang ke sarang.. Sinaran mentari sedikit demi sedikit ditelan dek luasnya lautan..
Kelihatan duduk seorang pemuda termenung jauh di tengah lautan.. Melihat keindahan alam, luasnya lautan mencari ketenangan dan kedamaian yang hakiki.. Seolah-olah dilihat setenang air lautan tetapi tidak siapa yangtahu gelora dan ombaki yang sedang dirasai dalam hatinya... matanya bengkak dan cekung akibat tangisan... rambutnya kusut masai tak diurus. wajahnya jelas menunjukkan bagaimana perasaannya yang gundah gulana itu.
Sedang lamunannya itu terbang jauh dilautan, dirasakan sentuhan tapak tangan di bahunya...
"Assalamualaikum, nak... Apa yang dimenungkan tu.. Jauh ditengah lautan sejauh dilubuk hati nak..."
Sapaan ayahnya menyebabkan si anak tersentak daripada lamunannya.
"Wa..waalakumsalam.. Eh, ayah.. Ayah dari mana? Tak da apa lah ayah. seronok tengok laut. tenang ja.."
Jawab si anak dengan menyenbunyikan perasaannya. Tetapi ayahnya sedar akan perubahan itu. Dan mengetahui apa yang sedang berlaku dalam jiwa dan hati anaknya. Ayahnya membuka bicara...
"Nak, ayah tau apa yang kamu rasakan. Ayah faham kenapa kamu berduka, nak. Daripada raut wajah mu itu, ayah dapat rasakan walaupun kau sembunyikannya"
"Nak,dengar sini.. ingatlah cinta manusia tidak kekal. Kadang-kadang kita menyintai seseorang namun tak semestinya orang yang kita cintai itu akan turut menyintai kita. perasaan Cinta nie bukannya boleh dipaksa-paksa kerana ia adalah melibatkan perasaan. cinta tu lahir daripada hati. bukan boleh dibuat-buat. Nak,dengarlah cakap ayah. Hentikanlah tangisanmu. Janganlah kau mengikut emosi dan nafsumu. Bangkitlah kembali,nak. Ayah tidak mahu kerana seorang insan bernama wanita membuatkan dirimu lemah tak bermaya. Kau punyai ramai insan yang masih menyayangi diri kau nak. kau masih banyak perkara yang perlu kau lakukan selain daripada tangisan ni"
pemuda itu terpaku mendengar nasihat yang diberikan oleh ayahnya. Dia mula berfikir. terasa dalam dirinya terpancar sinar kekuatan. pemuda itu mula berkata-kata.
" tapi ayah, begitu perit dan sakit bila cinta di tolak dan dipermainkan. Apa yang saya dah lakukan sehingga sanggup diperlakukan sebagitu.." ujar pemuda itu dengan tenang kepada ayahnya. seolah-olah meminta jawapan daripada ayahnya..
"Nak, Sayyidi Ahmad Ar-Rifa'i pernah berkata,"Berapa banyak suara sepatu(lenggok wanita)di sekitar lelaki telah menerbangkan kepalanya dan menghilangkan agamanya,"
"ingatlah, jangan lah kau terpedaya dgn tipu muslihat emosimu. Jikalau kau ingin cintamu dibalas. Kau sepatutnya menyintai sang Pemilik Cinta terlebih dahulu lebih daripada segalanya. insyaAllah, baru lah cintamu kepada manusia akan dibalas"
"siapakah pemilik cinta itu ayah?" soal pemuda itu kehairanan.
ayahnya tersenyum bersahaja yang menjanjikan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.
"Allah. Allah S.W.T. Dia lah pemilik cinta teragung itu.. Kerana Dia lah yang memberi rasa cinta itu kepada hambaNya dan dia juga yang akan mengambilnya kembali daripada hambaNya. Seandainya enkau menyintaiNya lebih daripada segala-galanya, insyaAllah.. Ayah pasti yakin.. engkau akan menjadi lebih kuat, tabah dan teguh serta bertaqwa dan redha dengan segala ketentuanNya. Nak, setiap yang berlaku ini adalah daripada kudrat dan iradah Allah. Dia yang memberi dan Dia juga yang akan mengambil kembali"
"ingatlah nak, sesuatu yang terjadi ada hikmahnya. Allah itu maha luas ilmunya. Dia tau apa yang hambanya perlukan dan apa yang hambanyanak kan. dah lah nak, usah lah kau menangis kerana perkara kecil ini. tangisilah dirimu kerana kau masih terhijab daripadaNya" ayahnya berlalu sambil memegang bahu pemuda itu..
No comments:
Post a Comment