*SERIUS SANGAT, SEBELUM ANDA BACA ARTIKEL NI, ISTIGHFAR DULU DAN BERTENANG, SEBAB MEMANG PEDAS DAN PASTI AKAN TERASA SANGAT-SANGAT...TUJUAN SAYA BUKAN NAK HINA KAUM WANITA, TAPI JUST NAK NASIHATKAN, JADI CARA NASIHAT TU PELBAGAI, PERLI ADA, LAWAK ADA, KERAS ADA...APAPUN JIKA ADA SEBARANG KETIDAKPUASHATIAN, SAYA HARAP SANGAT ANDA BOLEH BAGITAHU PADA SAYA...SAPA YANG TERASA SEKALI LAGI SAYA MINTA MAAF... "Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "aku tak boleh hidup tanpamu!"..."Aku sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u".. www.muawiyah90.blogspot.com Itulah antara kata-kata indah yang selalu diungkapkan oleh sang putri (wanita) kepada teman lelaki mereka. Kata-kata ini seolah-olah menunjukkan bahawa teman lelaki merekalah yang menciptakan dan memberi nyawa kepada mereka. Kata-kata ini juga boleh menyebabkan dia menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah. www.muawiyah90.blogspot.com Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas dia berkalimah syahadah, dengan mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi dalam masa yang sama diatidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?. www.muawiyah90.blogspot.com Siang malam menghabiskan duit. Koman-koman sehari mereka akan menghabiskan hampir RM 100 hanya untuk 'topup' credit phone untuk menghubungi dan bermesej-mesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej-mesej yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan bagi mereka. Bayangkan jikalau mereka menggunakan duit itu di jalan Allah. Seperti, print artikel dakwah, pastu potostat banyak-banyak. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang Allah hadiahkan kepada mereka?. www.muawiyah90.blogspot.com Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang fofular. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?... Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebegini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapamu yang telah membelamu berbelas tahun?. Bahkan berpuluh tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana seksanya Ibumu mengandungkanmu selama 9 bulan, membawamu ke sana ke sini tanpa sedikit pun mengeluh. Ayahmu pula tak henti-henti keluar ke sana ke sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tak ada rasa malukah mereka-mereka ini?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye. ehehehe... www.muawiyah90.blogspot.com "Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit). Ada yang beraksi telanjang terus (cayyalah wei). Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang :P). Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!). Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa). Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!. Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!. www.muawiyah90.blogspot.com Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!. www.muawiyah90.blogspot.com Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati-hatilah. www.muawiyah90.blogspot.com "Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan." (Fathir, 37) www.muawiyah90.blogspot.com Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut Allah tidak menerimamu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kamu melakukan syirik kepada Allah, kemudian bertaubat!. Nescaya Allah menerimanya!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!. www.muawiyah90.blogspot.com Bukti cinta Allah yang teramat Agung!. Dalam sebuah Hadits Qudsi: "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dna Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut." www.muawiyah90.blogspot.com Disediakan: Abu Muawiyah. *Dibenarkan untuk menyebarkan artikel ini, tetapi perlu disertai dengan sumbernya, dan anda dilarang sama sekali untuk mengedit mana2 part kerana takut terdapa puak-puak yang ingin 'sabotaj' dan takut terjadinya salah faham. Syukran!. anda disarankan join page ini: http://www.facebook.com/pages/Kami-Berdosa-bimbinglah-kami/108343885892137
Oleh: Abu Muawiyah
No comments:
Post a Comment