Followers

Wednesday, 6 April 2011

MENGAPA WANITA CURANG

KECURANGAN dalam rumahtangga sering dikaitkan dengan para suami.Namun para isteri juga tidak ketinggalan melakukan perbuatan yang serupa.Walaupun perbuatan tersebut ada kalanya bersebab dan mungkin berpunca daripada sikap suami sendiri,namun jangan cuba bermain dengan api kerna kelak ia membakar diri dan di dalam Islam kita di larang sama sekali menduakan suami.Jaga tatasusila peribadi diri dan berbanyak la berzikir kepada allah.Ini hanyalah contoh-contoh WANITA yang curang :-

1. KEGAGALAN SUAMI MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB

Isteri adalah amanah dan tanggungjawab kepada suami untuk di bimbing dan di didik.Sikap lelaki yang lebih mengutamakan kecantikan dan kekayaan harta benda berbanding ketinggian agama dalam memilih isteri menjadi faktor utama berlakunya kecurangan terutama apabila suami gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai pembimbing dan ketua keluarga.

2. PERASAAN INGIN DI HARGAI

Sudah menjadi sifat semulajadi isteri ingin sentiasa di hargai dengan apa yang telah beliau lakukan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak.Jadi suami haruslah memberi belaian,pujian dan interaksi yang berkualiti kerna ia kan membuatkan si isteri berasa dihargai dan di perlukan.Ramai suami yang lokek untuk memuji isteri sehingga ia merasa tidak di hargai.

3.BOSAN DAN KESEPIAN

Ramai suami secara tidak sedar dan alpa membiarkan isteri kesepian dan keseorangan kerana sibuk memenuhi tuntutan kerjaya.Mereka lupa bahawa isteri memerlukan masa berkualiti untuk bersama dengan suami dan anak-anak.Di sebabkan faktor ini jika suami lupa untuk mendidik isteri tentang akhlak dan hukum-hukum agama ia mudah membuat si isteri alpa dan bermesra dengan lelaki lain dan bertindak curang.

4.KEPERLUAN SEKSUAL

Apabila isteri tampil menarik dan menawan di hadapan suami jangan lah di abaikan kerana apabila tiada tindak balas yang setimpal menyebabkan isteri rasa tidak dihargai dan ini apabila ada lelaki lain yang memuji maka berlakulah kecurangan.Maka perlulah di jaga hubungan suami isteri dan nasihat isteri cara penampilan diri yang menutup aurat dan sopan

No comments:

Post a Comment