bukan tugas mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai pelajar dengan aman dan tenang. Sekiranya gagal menguruskan wang dengan bijak, ia boleh mengganggu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran.
Sebenarnya, pengurusan kewangan yang baik boleh dimulakan dengan mempraktikkan teknik dengan mudah menyimpan wang. Setelah selesai membaca artikel ini, anda boleh mengaplikasikannya mengikut keadaan kewangan selaku seorang pelajar.
1. Amalkan peraturan 10%
Secara amnya, peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan 10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan. Contohnya, jika memiliki RM400 setiap bulan, simpanlah RM40. Apabila menerima wang pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan, pastikan menyimpan 10%. Wang ini boleh dijadikan wang simpanan dan pelaburan anda pada masa hadapan. Amalan ini boleh mendidik anda lebih berdisplin dalam menyimpan wang pada masa depan.
2. Wujudkan dana kecemasan
Sebagai pelajar, ada masanya akan berhadapan dengan kejadian ang tidak dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, anda jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital, kenderaan atau komputer anda rosak dan perlu dibaiki, serta isu-isu kewangan yang lain. Sekiranya tidak mempunyai dana kecemasan, anda pasti berdepan pelbagai masalah. Namun, dengan adanya dana kecemasan, anda tidak perlu runsing dan berhutang dengan orang lain kerana wang simpanan sendiri. Tetapi ingat: Dana kecemasan perlu digunakan untuk ‘kecemasan’ sahaja.
3. Amalkan tabiat melabur.
Menyimpan wang adalah tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan duit itu agar mendapat pulangan yang lebih. Amalkan tabiat melabur secepat mungkin supaya anda boleh mendapat pulangan daripada pelaburan. Rebut peluang dengan melaburkan wang anda dalam produk pelaburan, buat kaji selidik dengan membaca prospektus, laporan kewangan dan laporan tahunan, majalah perniagaan dan lain-lain.
4. Buat perbandingan semasa membeli-belah
Dengan membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik, anda mampu menjimatkan wang setiap kali membeli-belah. Membandingkan harga juga mengajar kita lebih berhati-hati, anda tidak akan terdorong oleh nafsu ketika membeli, malah sentiasa berusaha mendapatkan nilai terbaik untuk wang anda.
5. Potong kad kredit
Kajian jabatan perangkaan Malaysia mendapati 50% rakyat Malaysia diisytiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah. Statistik ini antara lain menggambarkan pelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mula bekerja mewakili 50% daripada rakyat Malaysia diisytiharkan bankrap. Tidak kira jika anda memiliki kad kredit sendiri atau diberi kad kredit oleh ibu bapa, tanyalah diri sendiri: ingat! Jadilah pengguna kad kredit bertanggungjawab kerana anda (atau ibu bapa) perlu membayar hutangnya nanti.
6. Kurangkan bil elektrik
Sedar atau tidak, tidak ramai orang yang mengambil berat isu penggunaan elektrik. Memasang lampu walaupun orang tiada di bilik atau di rumah adalah suatu perkara lazim yang dipandang remeh walaupun ia satu pembaziran. Sebenarnya, apabila anda menjimatkan elektrik, anda juga menjimatkan wang. Antara perkara boleh dipraktikkan ialah mengekalkan kelajuan kipas pada tahap sederhana, menggunakan lampu jenis jimat tenaga, serta mengurangkan tahap kecerahan skrin komputer.
7. Jadilah pelajar yang bijak
Sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda juga perlu bijak berbelanja. Cetak tugasan anda di dua belah muka surat kertas, beli isian semula dakwat mesin pencetak, pinjam buku daripada pelajar senior, rakan, atau perpustakaan, sewa rumah bersama rakan dan makan di dalam kampus.
8. Gunakan kad pelajar
Kad pelajar adalah instrumen yang sangat membantu usaha anda menyimpan wang. Anda boleh menggunakannya untuk mendapatkan diskaun ketika menonton wang, membeli buku, menaiki LRT, melayari internet, bercuti, makan, bersukan, dan sebagainya.
9. Gunakan pengangkutan awam
Kos menaiki pengangkutan awam biasanya lebih rendah berbanding memandu kereta. Jika tidak berminat, kongsi kereta dengan rakan. Fikirkan juga mengenai motosikal atau basikal supaya boleh menjimatkan wang. Sentiasa rancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan.
10. Guna internet untuk membuat panggilan.
Lebih baik buat panggilan menerusi internet berbanding menambah nilai telefon bimbit. Anda bukan sahaja dapat berbual sepuas-puasnya, malah tidak perlu membayar sesen pun( jika guna wifi percuma). Jika terdesak, barulah guna telefon bimbit. Hantar SMS juga jauh lebih murah.
Menjadi seorang pelajar kampus
No comments:
Post a Comment