oleh Makhluk Terkutuk
Persoalan dari saudara Buang Asin:
Assalamualaikum saudaraku. Sekarang masa untuk memikirkan siapa yang harus menjadi calon dalam Pilihan raya. Yang saya pelik apabila terfikir bahawa waktu inilah ramai orang yang akan menonjolkan diri dengan seribu mcm cara sedangkan pd waktu biasa tidak menyedari bahawa mereka adalah ketua yang dipi...lih yang tidak menunjukkan sifat-sifat sebagai seorang ketua.Adakah ini akan dapat memandu kita ke arah jalan yang lurus sedangkan sifatnya banyak menunjukkan sifat2 dajjal. Wallah waalam bissawab.
Jawapan:
Firman Allah dlm Al Qur'an: Wamaa lam yah kum bimaa annzalallah faulaa ikahumul kaafiruun. Maksudnya: "Barangsiapa yang menghukum tanpa mengikut hukum yang Allah telah tentukan maka sesungguhnya mereka itu orang-orang kafir"... Senang saja,... YB YB itu menegakkan hukum apa? Hukum Allah kah hukum seteru Allah? Jika hukum Allah wajib kita mengundi, jika bukan hukum Allah, haram kita mengundi sebab ayat itu tadi telah mengharamkan keadaan. Kalau kita buat juga maka akidah Al Wala Albara' akan hilang. Bila hilang rosaklah kalimah syahadah kerana tidaklah iblis dihukum kufur melainkan kerana akidah Al Wala Albara'.. Alwala maksudnya pertolongan, percintaan dan persahabatan. Sementara Albara ertinya terlepas, berlepas diri dan bebas. Secara ringkas, akidah ini mengkhendaki umat islam mencintai apa yang Allah cintai dan membenci apa yang Allah benci. Jika kita tidak mencintai apa yang Allah cintai dan kita tidak membenci apa yg Allah benci jadilah kita tidak sehaluan dengan Allah. Ini bahaya sekali! sebab kita menentang Allah secara total. contohnya, Allah amat menyintai atau menyukai Adam, lantas menyuruh malaikat dan iblis sujud kpd Adam untuk beri perghormatan. Malaikat menyukai Adam sebagaimana Allah menyukai Adam. Tanda malaikat suka ialah mereka taat dengan perintah Allah. Disuruh sujud pada Adam mereka sujud tanpa banyak soal. Sebaliknya iblis tidak suka kepada Adam lantas dia mengingkari perintah Allah sebab dia ingkar kerana wujud sifat memprotes ketentuan Allah yg dirasakan tindakan Allah itu tdk betul dan tidak adil. Na'uzubillahiminzalik... Lahirlah sifat sombong dan bangga diri dalam diri iblis kerana akidah Al Wala Albara' ini lah maka Allah menghukum dia kafir walaupun ketika itu iblis masih beriman dengan kalimah syahadah: "Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah"... namun pengakuan kalimah syahadahnya itu terbatal kerana tidak menyukai apa yang Allah suka. Tegasnya konsep akidah ini lah yg pertama-tama sekali yang dihidupkan Rasulullah dalam generasi mukmin yg pertama iaitu para sahabat Rasulullh. Akidah inilah yang hilang dengan kematian org2 yg benar. "Firman Allah (surah Al Mujadalah:22). Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman dengan Allah dan hari akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasulnya sekalipun orang2 itu bapak2 atau anak2 atau saudara2 atau keluarga mereka. Mereka itulah org2 yang Allah telah menanamkan keimanan di dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yg datang dariNYA. DimasukkanNYA mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai2, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap rahmatNYA. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah sesungguhnya golongan Allah itulah yg beruntung." Akidah ini yang pertama tertanam dalam setiap hati mukmin ketika Rasulullah memulakan dakwah islam. Misalnya ketika perang Abu Ubaidah r.a. sanggup membunuh ayahnya kerana ayahnya menentang Allah dan Rasul. (Firman Allah lagi dalam surah Al Mumtahinah: 4) "Sesunguhnya ada suri teladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang2 yg bersamaa dengan dia, ketika mereka berkata kepada kaum mereka: SESUNGGUHNYA KAMI BERLEPAS DIRI (ALBARA) DARI KAMU DAN DARI APA YANG KAMU SEMBAH SELAIN ALLAH. KAMI INGKARI KEKAFIRAN KAMU DAN TELAH NYATA ANTARA KAMI DAN KAMU PERMUSUHAN DAN KEBENCIAN BUAT SELAMA-LAMANYA SAMPAI KAMU BERIMAN KEPADA ALLAH.".... Nak lagi, sy bagi dalil hadis sahih: "Sesungguhnya ada golongan manusia dari hamba2 Allah, mereka bukan dari nabi2 dan bukan pula dari orang2 syahid. Para nabi dan para syuhada mengkagumi mereka pada hari kiamat kerana kedudukan mereka daripada Allah ta'ala. Sahabat2 berkata, ceritakan kepada kami siapa mereka itu? Rasulullah s.a.w. menjawab, mereka itu suatu golongan yang saling cinta-menyintai kerana agama Allah bukan kerana hubungan sanak-saudara di antara mereka dan tidak pula harta (kuasa) yang membuat mereka saling menyayangi dan saling mengasihi. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya-cahaya. Dan sesungguhnya mereka di atas cahaya. Mereka tidak takut apabila manusia takut. Dan mereka tidak berduka apabila manusia berduka." Firman Allah: "Ingatlah sesungguhnya kekasih2 Allah tiada berasa takut dan mereka pula tidak berdukacita.." Duhai saudaraku, kerana jahanamnya ulama2 pengecut dan menyembunyikan kebenaran akidah ini mati dan terus mati. maka banyaklah kematian umat islam tidak kembali kehadapan Allah dengan kalimah syahadat yang sempurna. Benarlah kata Rasulullah bahawa ulama akhir zaman adalah ulama paling jahat. Moga2 Allah memberi hidayah kepada ulama2 yg benar dan berani tampil menyelamatkan umat islam dan ulama yg menyembunyikan kebenaran, kita bermohon agar Allah melaknatnya beserta seluruh penghuni 7 petala langit dan 7 petala bumi melaknatnya dengan setinggi2 laknat. Amin... Wallahu'alamLihat seterusnya.
No comments:
Post a Comment