Followers

Thursday 7 April 2011

MATI TIDAK MENGUCAP. oleh Kisah Teladan

Barangsiapa yang bersyahadat bahawa tidak ada sesembahan yang hak (benar) selain Allah saja,
tiada sekutu bagi-Nya, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, dan bahwa Isa adalah hamba dan
Rasul-Nya, dan kalimat-Nya yang disampaikan kepada Maryam, serta Ruh dari pada-Nya, dan syurga
itu benar adanya, neraka juga benar adanya, maka Allah pasti memasukkanya ke dalam syurga,
betapapun amal yang telah diperbuatnya.” (HR. Imam Bukhari &Muslim).

Bismillah
USTAZ HANAFI MALIK BERCERITA KEPADA WARTAWAN MASTIKA...
Seorang wanita dinamakan Ina menghubungi Ustaz “Ustaz,saya nak minta tolong Ustaz datang ke hospital...Ibu saya sakit tenat”.Lalu ustaz pun ke hospital.

Ustaz Hanafi dibawa ke bilik VIP di mana seorang perempuan tua sedang kesakitan akibat nazak.Lalu beliau membaca sepotong ayat Quran.Tiba-tiba wanita itu menunjukkan reaksi.Dadanya berombak-ombak dan nafas tersekat-sekat.
Ustaz pun membacakan kalimah tauhid namun wanita itu melaung “panas!panas!panas!....”
Lalu ustaz terus membacakan kalimah syahadat namun wanita itu terus menjerit “Tak nak..tak nak..”
Begitulah jeritnya hingga nafas terakhir tanpa melafazkan kalimah syahadah...
Jenazah wanita itu membeliakkan mata dan lidahnya terjelir agak panjang...

Ustaz hanafi cuba mengorek rahsia ibu tua itu....anaknya menceritakan...
Ibunya seorang pegawai besar.Apabila menerima surat jemputan tahlil,lantas surat itu dikeronyok dan mengeluh “Ah!Tahlil.Buat apa tahlil.Buang masa sahaja!”.

Begitulah sikap ibunya apabila menerima jemputan majlis keagamaan.Begitu juga apabila diceritakan tentang Islam,ia merasa bosan.Ketika hayatnya juga tidak pernah solat.Namun wanita ini adalah seorang isteri yang baik,tidak curang kepada suami dan memberi pendidikan baik kepada anak-anak.

Ketika usianya mencecah 55 tahun,ia mengejutkan ahli keluarga dengan memakai tudung.Anaknya memuji ibunya lantas dijawab “Ibu pakai tudung sebab fesyen..Usia pun dah tua,rambut pun dah banyak gugur..”.
Beberapa lama kemudian ibunya sakit dan terlantar di hospital hinggalah anaknya menghubungi ustaz Hanafi..

No comments:

Post a Comment