Followers

Thursday 31 March 2011

MeLaYu MoDeN SeKaRaNg...

Apa dah jadi
Kalau Melayu tak sedar diri
‘speaking’ membuta tuli
Cakap asal sedap bunyi
Ketawakan sana ketawakan sini
Tengoklah diri itu sendiri.

Adat sekarang
Tak pernah tinggal birthday party
Enjoy dari malam sampai pagi
Dari lahir sampai mati
Kenduri kesyukuran dah tak main lagi
Doa pun bagai tak reti.

Dulu belacan pucuk ubi makanan sejati
Kini anak kecil menjerit mummy……
Nak burger, nak hotdog, nak maggi
Itulah makanan yang diidami.

Dondang sayang dah tak main lagi
Alternatif, pop rock, dan hip hop sudah digilai
Sebab sekarang zaman Too Phat, ruffedge
Bukan zaman P.Ramlee

Cerita ini sampai di sini
Takut ada yang terkecil hati
Salah silap harap dimaafi
Semoga jumpa di lain hari……

DeN - DaM

   Dendam merupakan perasaan dari hati yang terluka akibat disakiti, teraniaya atau yang merasa haknya telah diambil alih. Punca perasaan dendam yang paling konkrit adalah kerana kemarahan. Seseorang manusia akan meluahkan amarah kerana tidak suka melihat orang yang dibenci mendapat kesenangan. Dia lebih suka melihat orang itu sengsara melebihi dirinya.

Pelbagai alasan memang tidak akan membuatkan seseorang itu tidak kisah untuk membalas dendam dengan zalim. Perasaan iri hati, dengki  dan rasa tersisih juga mampu membuatkan seseorang itu tiba-tiba tidak mempunyai perasaan belas kasihan. Hatinya menjadi keras dan tidak sedikit pun mengenal dosa. Yang terlintas di benaknya hanyalah satu iaitu balas dendam.

                Begitulah ketika hati seseorang disaluti dengan perasaan dendam yang membara. Dia tidak merasa puas jika dendamnya  belum dibalas. Tidurnya terasa tidak nyenyak malah setiap hari hatinya diserang perasaan gelisah. Dimatanya pula hanya akan sentiasa terbayangkan wajah musuhnya. Itulah keadaan seorang pendendam.

Ada 1 falsafah tentang CINTA berbunyi;
  • Cinta dapat mengubah:
rasa pahit menjadi manis
 debu menjadi emas
keruh menjadi jernih
sakit menjadi sembuh
penjara menjadi telaga

falsafah tulisan Mahatma Ghandi ada tercatat;

cinta tidak pernah meminta kerana ia sentiasa memberi,cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam dan tidak pernah membalas dendam,di mana ada cinta di situ ada kehidupan dan kebencian pula hanya akan membawa kepada kemusnahan.

                Di sini dapat dibuktikan dengan jelas bahawa cinta itu mampu membawa pada perubahan yang drastik sikap seseorang. Hanya kerana cinta yang kian berputik di antara pihak lelaki untuk pihak perempuan dan juga sebaliknya. Lihatlah betapa kuatnya kuasa cinta dengan kehendak ALLAH!!!!!

 “(orang-orang bertakwa iaitu)mereka yang menafkahkan harta di kala lapang dan sempit dan yang menahan amarahnya serta memaafkan (kesalahan) orang. ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan”
                                                                                                                       (surah: Ali Imran,  ayat 134)

Islam mengamalkan sikap maaf-memaafkan. Jika dianiaya, maka kesabaran adalah ubat an penawar untuk segala penyakit. Janganlah ada sifat ingin membalas perbuatan seseorang dengan niat yang sama jahat. Maka, tidak akan ada kesudahannya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Sebaiknya ambillah jalan demokrasi untuk menyelesaikan mas lah tersebut. Oleh itu, hidup akan aman damai dan tiada kemusnahan akhlak yang akan berleluasa.