Followers

Thursday 7 April 2011

happy

Pertama:
jangan ada benci, tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos
maupun guru dan pensyarah. Perasaan benci itu akan merosakkan niat dan
keikhlasan kamu. Benci itu ibarat `api dalam sekam,` yang akan
membangkitkan dendam dan seterusanya satu pergaduhan

Kedua:
jangan bimbang. Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa
berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang
perasaan demikian..

Ketiga:
hidup secara sedarhana adalah tuntutan agama kita. Kesedarhanaan adalah
kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak
sempurna dan tidak popular tetapi sekuang-kurangnnya kamu mempunyai
ketenangan di hati. Itu adalah yang paling penting. Jadi, pilihlah
hidup serba sedarhana dan bersyukur kerana masih lagi ramai yang
menderita dan sengsara di serata dunia

Keempat:
jangan terlalu mengharap. Kadang-kadang pengharapan itu akan
mengecewakan kamu. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi
bermakna dan jangan terlau mengharap yang besar dan terbaik yang tak
mungkin akan menjadi miliki kamu

Kelima:
banyakan memberi. Ini adalah terapi untuk membersihkan minda dan diri.
Kepuasan orang yang memberi lebih bermakna daripada yang menerima. Ini
termasuklah bersedekah, berkongsi ilmu kerana ilmu akan bertambah apabila diberikan pada orang lain, membantu yang memerlukan dan berjihat ke jalan
Allah.

Keenam:
sentiasa tersenyum. Orang yang mudah menghadiahkan senyuman bererti mempunyai
jiwa yang damai, niat yang baik dan jujur. Itu adalah kualiti bagi si penderma senyuman. Senyuman itu adalah sedekah menurut kata pujangga.Dan dengan menarik otot kiri dan kanan bibir akan membautkan wajah kamu nampak lebih cantik, menarik dan menceriakan suasana. Maka lengkpakan penampilan kamu dengan senyuman

Ketujuh:
perlu ada kawan rapat seperti saya. hee.....maksud saya
REMAJA! Setiap orang memerlukan individu lain untuk saling berteman, saling memahami, saling menghormati, saling menasihati, dan saling bersifat terbuka serta positif. Kawan bukan lawan. Pilihlah kawan yang
boleh berkongsi kesedihan ketika kamu berduka, memapah tanganmu ketika kamu terjatuh, bercakap benar walaupun dia tahu hati kamu terluka dan marah. Selalu mengirimkan sms bertanya khabar. Itulah yang diperlukan oleh semua orang, insan yang diketogerikan sebagai insan yang baik dan istimewa di dalam hidupmu.



oleh Anie Jamil

No comments:

Post a Comment